Sunday, June 6, 2010

KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN

KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN

1.1 Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Apakah Media?
Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti
filem,video,radio,gambar foto,risalah,poster dan sebagaimana. ( Heinich,Molenda,
Russell,1981)
Apakah Pengajaran?
Pengajaran adalah proses yang beorentasikan maklamat yang dirancang terlebih dahulu. (
Romiszowaski,1988).
Pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan
pembelajaran. ( Heinich,Molenda, Russell,1981)
1.1.1 Media Pengajaran
Membawa maksud sebagai peralatan atau perkaksan dan bahan ( perisian ) media yang telah
dikenalpasti ( dipilih ), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses
pengajaran dan pembelajaran ( Yusup,1992).
1.1.2 Pengkelasan Media
Terbahagi kepada DUA bahagian Media Cetak dan Media Bukan Cetak.
Media Pengajaran
Media Cetak Media Bukan Cetak
Modul Pengajaran
Buku Teks
Surat Khabar
Media Tayang
Transparensi
Slaid
Media Bukan Tayang
Lukisan
Carta
Graf
Buku Rujukan
Dokumen
Risalah
Majalah/Jurnal
Nota Edaran
Komik
Filem dan Audio
Pelbagai Imej
Bahan Legap
Filem Jalur
Video Interaktif
Gambar Foto
Kartun
Poster
Kad Imbasan
Model
Spesimen
Realia
Diorama
Mikro Filem
Mikrofis
Boneka
Papan Hitam
Papan Flanel
Papan Kenyataan
Papan Magnet
Papan Elektrik
Pita Audio
Cakera Padat
1.1.3 Latihan
1. Cuba fikirkan. Penggunaan media pengajaran amat
penting pada masa kini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam mencapai objektif pengajaran. Beri
pandangan anda daripada pengalaman selama anda
menjadi seorang guru di sekolah..
2. Di kelas anda mengajar, hampir semua murid tidak berminat
mengikuti pengajaran anda dan ia lebih suka membuat kerja
sendiri serta tidak memberi tindakbalas. Senaraikan media
pengajaran yang sesuai untuk kumpulan murid ini dan
berikan rasionalnya.
1.4 Prinsip Asas Grafik
Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti
dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui
perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis
teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf,
gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.
1.4.1 Definisi grafik
Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih
keterangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek “graphikos”
bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.
Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,
perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari
pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.
1.4.2 Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan
Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk
menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.
1.4.3 Prinsip Penghasilan Grafik
 Perancangan
 Penyediaan ilustrasi
 Warna
 Huruf
 Persembahan
1.4.4 Perancangan
Sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan, satu perancangan yang teliti perlu
diadakan supaya visual yang dibuat itu menepati objektif yang hendak dicapai.
Mulakan dengan lakaran kasar mengenai idea visual tersebut berdasarkan
prinsip-prinsip rekabentuk.
Tentukan jenis visual yang akan dihasilkan berdasarkan :
1.4.4.1 Bahan yang sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat tulis
1.4.4.2 Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi menetukan
kesesuaian dan mengelakkan pembaziran
1.4.4.3 Perlu tahu bentuk visual sama ada untuk tayangan (lutsinar, slaid,
filem, video), bukan tayang (carta, buku, pena) atau pameran.(poster,
lukisan)
1.4.5 Prinsip rekabentuk
 Prinsip mudah
Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah
perkataan sahaja dalam satu visual tayangan. Konsep yang hendak
dipaparkan hendaklah mudah difahami oleh guru dan pelajar.
Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar (outline) hendaklah
dibuat dengan garisan tebal. Garisan yang tidak perlu harus ditinggalkan
supaya tidak mengelirukan.
Pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca.
 Prinsip penyatuan
Penyatuan hendaklah perhubungan yang lahir di antara elemen visual
apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu
keseluruhan.
Elemen-elemen tersebut hendaklah saling lengkap melengkapi di antara
satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak
disampaikan.
Penyetuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak,
garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.
 Prinsip Penegasan
Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat
dan pusat perhatian.
Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea
tersebut.
 Prinsip seimbang
Kesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan
tidak berat sebelah. Perimbangan merupakan susunatur elemen-elemen
visual dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang.
Perimbanngan terdiri daripada perimbangan formal dan perimbangan
tidak formal.
Latihan
Dengan ringkas nyatakan prinsip rekabentuk grafik
yang perlu. Beri perhatian dalam membina carta dan
poster
1.4.6 Keperluan visual untuk memenuhi prinsip rekabentuk
 Garisan
Fungsi garisan dalam rekabentuk adalah untuk menghubungkan elemen
visual dan untuk menarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan
urutan/sikuen tertentu.
 Bentuk
Tiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk kesluruhan
sama ada bentuk nyata atau tidak. Bentuk membuat visual kelihatan
menarik dan istimewa serta mengarahkan penonton dari satu elemen
kepada satu elemen yang lain; gabungan elemen-elemen pada bentuk U
atau S atau T atau Z atau O atau I
 Ruang
Tujuan ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau
selesa di antara elemem-elemen visual yang dipaparkan, serta membuat
grafik kelihatan kemas dan terancang. Ruang kosong yang ditinggal
disekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan
perasaan sesak di kalangan pemerhati.
 Warna
Memberi penegasan kepaa visual-visual tertentu dan menolong
menambah kesan penyatuan di antara
 Warna
Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu bahan visual
akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu. Walaupun
begitu penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan
batasannya.
Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau
meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar
dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik.
1.4.7 Panduan am mewarna
 Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elelmen tumpuan.
 Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokoromik, warna berhampiran
atau warna penggenap.
 Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahami.
 Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu.
 Permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan sebagai
warna latar. Ini diikuti dengan warna merah, oren, hijau, biru, ungu dan kuning.
1.4.8 Skema warna
Warna diklasifikasikan ke dalam carta warna.
Kuning kuning-oren oren
Kuning-hijau merah-oren
Hijau merah
Biru-hijau merah-ungu
Biru biru-ungu ungu
i. Skim warna monokromik
Warna monokromik berharmaoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari
satu warna yang muda membawa kepada warna tua. Contohnya: warna
ungu muda hingga warna ungu-tua.
ii. Skim warna berhampiran
Warna berhampiran berharmoni terdiri daripada warna-warna yang
berhampiran dalam carta warna. Contohnya warna hijau, hijau-biru dan
biru; warna kuning, kuning oren dan oren.
iii. Skim warna penggenap
Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang
bertentangan dalam carta warna. Contoh; warna kuning-oren digunakan
bersama warna biru-ungu.
1.4.9 Alat mewarna
 Pena bermata felt
 Pensel warna, kapur warna, pastel dan krayon
 Cat air
 Cat sembur
 Kertas berwarna dan plastik berwarna
1.4.10 Penghurufan
Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej
dengan lebih berkesan. Prinsip penghasilan huruf ialah saiiz huruf yang ditulis,
jarak antara huruf dengan huruf, perkataan dengan perkataan dan baris dengan
baris; kontras diantara huruf dengan warna latar; jenis atau bentuk huruf yang
digunakan.
1.4.11 Saiz huruf
Huruf yang digunakan mestilah cukup besar (mengikut tahap) supaya dapat
dibaca dengan baik.
Jarak dari visual Saiz minima huruf kecil
2,5 cm o.6 cm
5.0 cm 1.3 cm
10.0 cm 2.6 cm
20.0 cm 5.2 cm
1.4.12 Jarak huruf
Jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan
mestilah sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali
serta boleh dibaca dengan mudah.
 Dekatkan huruf-huruf bulat (O,G,S,C)
 Jauhkan huruf-huruf lurus (E,H,L,M,N)
 Gabungkan jarak-jarak untuk huruf-huruf
 bercampur
 Tinggalkan jarak berzaiz M (besar) di antara
 perkataandengan perkataan
 Jarak di natara baris dengan baris mestilah
 kurang satu huruf O kecil.
1.4.13 Jenis huruf
Jenis huruf akan menetukan sama ada visual tersebut dapat dibaca
denngan mudah atau tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang
ringkas dan mudah seperti huruf san serif
( huruf blok), serif ( time roman), dokoratif ( huruf berbunga seperti dalam
kad raya)
1.4.14 Cara menulis huruf / angka
i. Tulisan bebas
Huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas dengan cepatnya, dengan
menggunakan berus dan dakwat atau cat warna. Carta ini sentiasa digunakan
untuk grfaik yang besar seperti carta dan poster.
ii. Huruf yang dipotong
Huruf dan perkataan serta gambar boleh dibuat dengan cara potongan dari
bahan-bahan akhbar, kertas berwarna atau kain dan kemudian dilekatkan pada
bahan grafik.
iii. Huruf pindah kering (Dry transfer lettering)
Bahan pemindahan kering ini boleh dibeli dalam bentuk huruf, simbol, angka
dalam berjenis-jenis saiz, bentuk dan warna. Saiz hurufnya ditetapkan dalam
tiap-tiap kepingan mengikut pointnya. Saiz yang biasa dalam kepingan huruf
pindah kering ialah 6 pt. hingga 192 pt.
iv. Huruf stensil
Untuk tulisan huruf yang kurang dari satu inci, stensil tulisan ( huruf blok) boleh
digunakan. Stensil ini ada dua bahagian- satu berbentuk huruf ( stensil guide)
dan pen khasnya.
1.4.15 Cara membuat gambar
i. Menekap (tracing) (guna karbon pensil, kapur atau pastel, kedah tebuk.
ii. Petak grid
iii. Pantograf
iv. Episkop
v. Penyalinan gambar (fotostat)
vi. Kaedah pengunjuran ( OHP, Slaid)
PERSEMBAHAN
Grafik yang telah siap dihasilkan perlulah disediakan untuk digunakan dalam bilik darjah.
Kadang-kadang bahan visual yang dihasilkan itu adalah besar atau nipis. Ini akan merumitkan
kerja guru semasa mempamerkan bahan-bahan itu kepada murid. Bahan-bahan visual itu juga
disimpan untuk kegunaan pada masa-masa yang lain ataupun oleh guru-guru yang lain.
Kebanyakkan bahan-bahan bantuan jenis ini memang cepat menjadi kotor,mudah terkoyak atau
rosak dan visual-visual yang ditampal mudah tanggal. Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan
ini tiga langkah boleh digunakan untuk menentukan bahan visual yang rtelah dihasilkan itu
dapat digunakan atau disimpan dengan lebih mudah dan sempurna. Langkah-langkah itu ialah:
a. Melapik
b. Alas tepi
c. Laminasi
Anda perlu membuat bacaan tambahan untuk mendapat
Maklumat yang terperinci untuk tajuk cara membuat gambar
Hasilkan bahan berbentuk carta dengan menggunakan prinsip
rekabentuk grafik dan pilih warna yang sesuai untuk menegaskan
sesuatu imej
1. Cuba anda analisiskan prinsip Grafik untuk menghasilkan
bahan P&P daripada mana topik yang anda ajar.
Dengan membuat rujukan di perpustakaan anda dikehendaki
mencari cara-cara melapik,membuat alas tepi dan laminasi bagi
bahan bantuan mengajar.
KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN
1.6 Jenis Dan Penggunaan Media Unjuran
Definisi bahan tayangan
Media tayang atau media unjuran adalah peralatan elektrik yang dapat menayangkan
atau mengunjurkan satu imej di atas sekeping skrin tayangan besar atau yang
bersesuaian dengan peralatan tayang tersebut. Peralatan-peralatan elektrik yang lazim
terdapat untu tujuan pendidikan termasuklah :
 Projektor Lutsinar
 Projektor Slaid
 Projektor legap
 Projektor LCD
1.6.1 Jenis-jenis projektor
i. Projektor lutsinar
Projektor lutsinar adalah merupakan sebuah alat pandang dengar yang boleh digunakan dalam keadaan bilik
darjah biasa. Projektor ini merupakan satu alat bantuan mengajar dalam mencapai pengajaran yang lebih
berkesan, di mana pelajar-pelajar akan menerima pembelajaran dengan cara meliat dan mendengar.
ii. Projektor LCD
Panduan menggunakan ATL (alat tayang lutsianar)
 Pastiakan anda betul-betul memahami buatan/jenama dan fungsi bahagianbahagian
projektor yang anda gunakan. Ini mungkin berbeza antara satu alat
dengan alat yang lain.
 Anda hendaklah belajar mengesan kerosakan pada mentol supaya boleh
membaikinya sendiri. Berhati-hati apabila menggantikan mentol. Jangan
sentuh dengan tangan yang tidak berlapi kerana mentol mudah rosak sebab
kelembapan pada tangan.
 Bersihkan ATL sekali-sekala di bahagian dalam piring cermin dan les
Fresnel.
 Pancarkan imej ke dinding atau kain putih jika tidak ada skrin.
 Suatu unit ATL yang bergerak hendaklah menggunakan troli supaya senang
dipindah dari satu tempat ke tempat lain. Matikan suiz sebelum mengubah
ATL.
 Untuk tayangan yang baik, perkara berikut hendaklah diperhatikan:
o Skrin 1.5 m lebar bagi bilik untuk 40 orang
o Skrin tidak berkilat
o Mendapat sedikit cahaya
o Letakkan pada paras ketinggian 70 cm dari lantai
o Condongkan 45 darjah untuk elakkan kesan herotan (keystone)
o Tegangkan skrin
o Jangan terlindung oleh pengguna supaya boleh dilihat oleh semua
pelajar.
o Semua tulisan dan lukisan mestilah mengikut saiz yang sesuai.
o Gunakan penunjuk yang runcing dan lurus dan tunjukkan pada
sesuatu di atas transperansi dan bukannya pada imej di skrin.
1.6.2 Projektor slaid
Slaid adalah satu jenis media unjuran tanpa gerak yang merupakan sejenis transperansi positif berukuran kecil.
Ia boleh ditayangkan menggunakan projektor slaid untuk dipancarkan kepada skrin tayangan. Pita slaid
menngandungi sliad ( pandang/visual) dan pita rakaman (dengar/audio). Slaid boleh disediakan dengan
menggunakan kamera, disalin atau dilukis dan sebagainya. Kebiasaannya pemidang slaid berukuran 2 inci x 2
inci atau berukuran 5 cm x 5 cm yang dimuatkan filem positif
1.6.3 Projektor legap
Projekter legap juga dikenali sebagai Episkop. Digunakan untuk mengunjurkan imej
bahan-bahan 2D berbentuk legap. Melalui kaedah carta, gambar , gambarfoto atau
bahan bercetak pada kertas atau kad boleh diunjurkan ke atas skrin. Bahan legap
adalah bahan yang tidak ditembusi cahaya.
1.6.4 Projektor LCD
Singkatan bagi Liquid Crystal Display untuk memancar imej lebih besar daripada monitor
untuk kegunaan audian secara berkumpulan.
Panel LCD disambung terus daripada komputer dan apa sahaja yang muncul pada skrin
monitor akan dipancarkan ke skrin besar.
Ia juga boleh disambung terus dengan menggunakan peralatan lain seperti perakam
video, perakam kamera dan pemainan VCD atau DVD.
Ciri ciri Projektor LCD
Nama
Fungsi
Connector Ports Tempat sambungan punca punca AV yang ingin dipaparkan
Projector Control
Panel
Panel kawalan fungsi/menu operasi projektor
Remote Control
Receiver
Penerima isyarat daripada alat kawalan jauh projektor
Lens Focus Ring Cincin pemutar penyelaras lensa fokus
Lens Zoom Ring Cincin pemutar penyelaras lensa zoom
Elevator Foot
Button
Butang penyelars ketinggian kaki projektor
Lamp Monitor Penunjuk samada lampu dalam projector samada sedang
warming up , menyala atau cooling down
Operating Monitor Penunjuk samada dalam keadaan terpasang standby atau
sedang menerima isyarat daripada alat kawalan jauh.
Power Cord
Connector
Tempat menyambung wayar kuasa ke sumber elektrik
Power Switch Menghidup atau mematikan LCD
Pengoperasian Projektor LCD
 Tempatkan di atas permukaan yang rata dan kedudukan pada sudut yang tepat pada
skin paparan
 Sambungkan kabel VGA LCD yang dibekalkan daripada soket LCD ke komputer.
 On kan LCD dan komputer
 Jika perlu install driver pada komputer yang digunakan untuk mendapat ketepatan imej
yang dipancarkan.
 Laraskan ketinggian LCD dengan memusingkan butang kaki elevator yang terletak di
bahagian depan.
 Untuk mendapatkan imej yang lebih jelas , laraskan Lens Focus Ring.
Model LCD Dan
Bahagian Utama
Penyambungan Projektor LCD ke komputer
Penyambungan Projektor LCD ke VCD atau DVD , Kamera Video Dan Pembesar Suara
Luaran
Panduan Penjagaan
 Selepaskan menekan butang Standby untuk memadamkan lampu projector , biarkan
sekurang kurangnya 15 saat sebelum menekan butang Standby sekali lagi.
 Elakkan membuka dan menutup suis berulang kali semasa pengoperasian.
 Pastikan tiada objek mudar terbakar berdekatan dengan projector kerana setelah lama
dibuka, ia akan menjadi panas.
 Biarkan projector seketika untuk disejukkan sebelum mengangkatnya.
 Jangan didedahkan pada kelembapan dan habuk.
 Tangani dengan cermat dan jangan dijatuhkan kerana ia mengandungi komponen yang
mudah pecah.
Latihan
1. Cuba fikirkan , Anda mempunyai komputer dan LCD yang akan
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Senaraikan kelebihan dengan menggunakan media ini
2. Anda dikehendaki menggunakan LCD dan Komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran di mana kelas.
Senaraikan apakah masalah yang dihadapi dan bagaimana
anda mengatasi masalah ini.

No comments:

Post a Comment